Disember 2021 Astro Awani ada menyuarakan rintihan penduduk Kampung Sinop, Bekenu dambakan bekalan air bersih.

Penantian puluhan tahun penduduk akhirnya tamat jun lalu.

70 peratus kediaman sudah menerima sambungan akses utiliti tersebut ke rumah masing-masing.

Ini bermakna 30 peratus lagi atau lebih tepat lapan buah rumah masih belum menikmati kemudahan sama.

Kepada Awani Borneo mereka mengadu nasib.